Tuesday 7 January 2014

Kalau boleh putarkan masa, mesti semua orang nak kan?

Assalamualaikum. Hello. Hi. Semalam Bomb penat sangat sangat. Berjalan sana sini nak cari baju baru nak dipakai. Yela, ulang ulang baju sama je. So semalam beli satu baju and satu long pants. Total Harga RM45 je. Murah kan? Bomb shopping semalam dekat Kitschen. Ya Allah, Bomb rasa tu jela satu satu kedai yang ada sale lagi. Yang lain semua satu baju RM89.90++ haha nampak tak harga dia? Mahal weh kalau shopping sendiri. Kalau dgn parents tak apa. Ceh no no still membazir. Haha.
So, ni semalam yang Bomb beli.

 I bought this long pant only RM29.90
Harga asal RM79.90

 I bought this top only RM15.90
Harga asal RM59.90
So ni design depan dia
Ni design belakang dia

Nice kan? And murah murah kan? Well, before terlambat, korang pergi la serbu Kitschen kt Sunway Pyramid tu. Dekat dgn Forever 21. Ha. Forever 21 dah habis sale, jgn masuk. Hahaha. Berjimat sikit eh semua. Haha.

Okay okay stop sini. Sambung topic for today "Kalau boleh putarkan masa, mesti semua orang nak kan?" Korang tak nak ke? Bomb nak sangat. I want to change everything. My pasts & everything la. Nak repeat balik memories semua dgn kawan kawan. Ya Allah, zaman gemilang form one, form two & form three dekat mrsm pasir salak. Rindu semuanya. Hanya orang yang rapat je tahu mcm mana Bomb actually.
Tak nak patah balik sekolah rendah? Ya Allah, tu pon nak jugak. Even waktu sekolah rendah Bomb tk berapa nak gemilang zamannya. Haha. But still, sekolah rendah best sbb time sekolah rendah la startnya Bomb main hoki. Start Bomb pandainya main hoki sampai wakil Daerah tu. Hihi. Tp sampai negeri. Hm hm hm, harapan la. Ramai lagi yang hebat. Haha. Form two, form three & form four pon main kejap before pindah tgb. And guess what, seminggu before nak pindah tgb, kitaorang ada tournament hockey and pasir salak dapat johan. Alhamdulillah, seronok sangat dpt berjasa before pindah. Ceh. Tp sedih, sebab tgb tk ada hoki. Haih. Kenapala. Tp kt tgb Bomb main Handball. Menang ke? Hahahaha tak. Kbye. Hee.

Rindu nak Spm. Tak, bukan rindu nak duduk balik spm tu. Eeeee tak nak tak nak. Haha tp rindu nak zaman form five dengan diorang kt tgb. Rindu jugak nak form three kt pasir salak. Bomb rasa best sebab dapat merasa dua mrsm and dapat kenal ramai orang and mcm mcm perangai. Tak boleh bayangkan nanti reunion semua dah bawa anak la, isteri la, suami la, perut yang ada anak dalam tu la. Haha best kan? Semua time tu dah bahagia & berjaya then bila duduk ramai ramai, kita cerita balik zaman dulu kita and on that time la, kita akan rasa nak putar balik masa.

By the way, setiap orang mesti ada sejarah hitam dia sendiri untuk dia perlukan masa yang boleh berpatah balik for them to change everything. Tapi tula, masa ni tak akan berundur, dia akan terus ke hadapan & terus ke hadapan. Apa yang kita perlu buat, bersedia untuk ke hadapan & merancang perjalanan kita dgn baik & belajar daripada kesilapan masa silam kita. That is what we need to do as His servants actually. Tapi sometimes kita tak sedar kan masa tu berjalan laju sangat sampai ada orang kata dunia nak kiamat dah. Actually, kita tak perlu rasa sekarang dah nak dekat dah kiamat. Dari zaman Rasulullah lagi, Nabi Muhammad SAW ada berkata "Kiamat ni dekatnya dia adalah ruang antara dua jari, jari hantu dan jari petunjuk" Dekat je tu. Tapi, ramai lagi still tak sedar even Bomb sendiri. Haih. Haha. Tp tak apa, sementara kita masih ada, kita create sehabis baik memory indah yang kita nak.

And apa yang membuatkan Bomb rasa nak tulis benda ni sebab bila bomb tgk Video yang Shahrul buat, then baru Bomb rasa rindu balik nak zaman semua tu. Rindu balik nak ada dekat asrama, gelak ketawa, pergi ds makan ramai ramai, buat aktiviti sama sama, pergi kelas, belajar sama sama. Rindu kan semua tu? Tipu kalau korang tak rindu. Tak baik weh tipu haha. Semua tu la kenangan yang akan korang simpan. Dan kenangan tu juga yang akan buat korang smile bila teringat.
So I think that's all for today. "You will never get your times back, but you will always have your memories with you." Assalamualaikum. Byeeeeeeeeeeeeeeeeee.


Have a nice day.

Monday 6 January 2014

Jimat ke kita?

Assalamualaikum semua. Hi. As usual, tak boleh tidur en. Apa lagi, menulis, menulis & menulis. Malas nak baca? Tak nak baca? Bosan? Tak apa, jap jap. Baca je dulu. Ni masa depan ni. Ceh tak la gurau je. So, Bomb nak ckp pasal "Jimat ke kita?" 

Tajuk pon korang dah tahu kan, ni mesti pasal duit. Tak ada benda lain dah. Duit, duit & duit. Seronok kan kalau jadi anak orang jutawan ni. Tak payah fikir pasal duit, apa yang anak jutawan ni nak semua dapat. Wah. Tak apa, rezeki masing masing. Macam Bomb ckp before ni, tak semestinya duit dia byk, dia bahagia. Betul tak? Tapi yang bahagia tu, alhamdulillah.

Cakap pasal jimat ni kan? Jimat ke Bomb ni? Layak ke nak ckp pasal jimat? Hm, Bomb ni nak kata jimat tu, tak ada la jugak tp jimat la juga untuk certain things. Contohnya, if Bomb pergi shopping complex with myself, nampak benda cantik "Uish sabar Bomb, jgn beli. Dgn ibu & ayah nanti baru beli. Pakai duit ibu & ayah" *ckp dalam hati. Ha. Nampak tak jimatnya kalau duit sendiri hahaha.
Tp kalau dgn ibu & ayah, hilang segala jimatnya. Ish ish kesian ibu & ayah. Kalau ada 1000 orang mcm Bomb ni, habis bankrup dunia ni.

"Money Doesn't grow on trees"


Bayangkan if duit memang tumbuh kat pokok, rasanya tak ada wujud perkataan "jimat" dalam kamus & mesti byk pokok dalam dunia ni. Mesti dunia tak akan ada Global Warming, land slide tp sayang pokok just bg oxygen kat kita. Ha. Ayat ni mendalam kan. Ni bukan ayat Bomb tp mmg ada ayat ni. Haih, duit lagi penting drpd nyawa ke? Siapa setuju? Hahaha. Dua dua penting? Yeke? If korang nak tahu, Duit boleh jadi kawan & pemusnah. Dengan mcm mana?

Ramai yang banyak duit tp dibuat ke arah benda yang salah.
Ramai yang banyak duit tp dibuat ke jalan yang baik.
Ramai yang banyak duit tp dibazirkan ke arah benda yang tak kekal.
Ramai yang banyak duit tp didermakan kepada anak anak yatim.
Jadi, inilah lawan dan inilah kawan.

Jauh dah ke Bomb pergi? Fine, fine. Back to jimat. Actually, jimat ni satu benda yang sangat positif. If kita berjimat dgn kita simpan banyak duit, sometimes we need them bila kita susah or bila kita jatuh.
Duit yang hasil drpd kita berjimat ni la yang akan memberi jasa kepada kita. Jimat jugak bukan dari segi duit. Jimat ni meluas. Jimat dalam pemakanan, eletrik, pakaian, air & mcm mcm. Lagi pun ada dalam surah Al Isra' : 27 , "Sesungguhnya Golongan yang membazir adalah saudara saudara syaitan" Jelas, Allah pun memerintahkan kita untuk berjimat di muka bumiNya. 

Ceh, alimnya Bomb ni. No, Bomb pon seorang yang kuat membazir. Sangat. Tapi tak apa, sama sama kita usaha. Benda baik kan. Haha. 
And ada cara juga untuk korang nak berjimat, benda yang dah biasa korang dgr kot. Just list barang keperluan dan beli yang perlu, tulis perbelanjaan korang dalam satu buku kecil, sediakan tabung. Ha. Buat la mcm tu. Tahu, bg korang muda lagi nak fikir pasal duit semua ni, no. From now la korang kena start sebelum terlambat. Trust me, one day korang akan perlukan. So that's all Bomb rasa. Selamat berjimat. Sebenarnya, dah tak ada topic, tu saje ckp pasal jimat tu. Haha kbye Assalamualaikum & Good night.